Tuesday, May 8, 2018


Transformasi Malaysia baharu
K.Siladass
Pilihanraya yang ke-14 ini sedang menunjukkan masyarakat di satu penjuru manakala, golongan mata duitan, golongan penerima rasuah, golongan yang bersikap ketidakadilan dan gila kuasa di satu penjuru yang lain. Peperang antara kedua-dua puak inilah dikatakan sebagai pilihanraya. Secara tuntasnya, ia boleh dikatakan sebagai perlawanan diantara keadilan dan ketidakadilan. Parti Pakatan Harapan mewakili masyarakat dan keadilan, manakala, parti Barisan Nasional pula mewakili kuasa wang, keangkuhan, sikap gila kuasa, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan, dan penindasan.
            Perlawanan ini merupakan suatu perlawanan yang melibatkan  keadilan. Masyarakat harus menang dalam perlawanan ini. Kemenangan masyarakat sudahpun terbukti. Oleh yang demikian, Barisan Nasional mula menggunakan taktik kotor mereka bagi memastikan kemenangan mereka dalam PRU ke-14 ini.
   Mereka menukarkan kawasan mengundi pengundi dalam  kawasan  mereka secara tiba-tiba. Tindakan itu akan menyebabkan para pengundi menghadapi gangguan semasa  mengundi. Dengan muslihat sebegini, mereka dapat menghalang masyarakat daripada mengundi.
       Selain itu, tindakan mereka yang bermotifkan menghalang rakyat Malaysia yang sedang berada di luar negara daripada mengundi merupakan suatu kealpaan dari segi demokratik dan bertentangan dengan rang undang-undang pilihanraya. Ia menunjukkan hak pengundi untuk menunaikan undi terjejas.
      Parti Barisan Nasional yang sedang berada dalam ambang kekalahan akan mula menggunakan pelbagai taktik kotor mereka. Tetapi, masyarakat harus berpegang teguh pada parti Pakatan Harapan dan harus memastikan kejayaan mereka. Masyarakat harus tekad dalam menghentikan ketidakadilan, kegiatan rasuah dan kerajaan yang tidak jujur.  Kita harus bersatu memberi peluang kepada kerajaan baharu yang lebih efektif dan jujur. Semoga pendekatan kerajaan baharu akan menjamin kehidupan rakyat Malaysia yang berhemah. Ayuh kita melihat tranformasi Malaysia yang baharu.

No comments: